Ahad, 4 Jun 2023

Bekalan Kuasa Semasa Blackout

 


Bagaimana cara untuk...?
Mendapatkan tenaga elektrik semasa terputus bekalan elektrik di rumah

Mungkin ada yang pernah mengalami bekalan elektrik di rumah terputus. Sama ada akibat cuaca buruk menyebabkan pokok tumbang menimpa wayar grid elektrik dan penyelenggaraan oleh syarikat bekalan. Ada kalanya ia mengambil masa beberapa jam saja dan paling perit dari pagi hingga petang. Selagi cuaca panas dan elok tidak hujan, selagi itulah kerja penyelenggaraan dilakukan sehingga selesai. Situasi ini mungkin tidak kerap berlaku, tetapi ia tetap menyebabkan kita tidak senang duduk dan gelisah bila duduk di rumah.

Jalan penyelesaiannya adalah menghasilkan Power Box sendiri, DIY do it your self. Power box ini memerlukan sedikit modal seperti berikut (harga anggaran, rujuk di Shoppe) :

  1. Bateri kering 12v 7.2ah - RM35
  2. Set inverter dan solar panel 12v - RM150
  3. Storage box - RM20
Secara kasarnya, modal yang diperlukan lebih kurang RM200. Walaupun demikian, power box ini bukan saja boleh digunakan semasa blackout sahaja. Ia sama seperti powerbank henpon, boleh dibawa ke mana-mana di luar rumah. Boleh digunakan untuk caj henpon, menyalakan lampu Led 5v dan 12v, caj speaker bar. Sambil mengecaj semula power box tersebut dengan panel solar.

Cara nak buat mudah saja, masukkan bateri ke dalam storage box, lekatkan inverter di luar storage box dengan nano tape. Kemudian buat penyambungan wayar dari inverter ke bateri dan solar panel. Wayar sambungan ke panel solar boleh dipanjangkan lagi sekiranya wayar asal dirasakan belum cukup panjang.

Sistem upgred untuk masa depan

Power box ini boleh ditingkatkan lagi kebolehgunaannya di dalam rumah. Satu sistem rangkaian pendawaian elektrik menggunakan tenaga bateri dan solar ini boleh dibina di rumah. Peralatan yang boleh menggunakan tenaga asas ini adalah :

  1. Lampu LED 12v
  2. Lampu LED 5v
  3. Smart TV LED
  4. PC
  5. Router Internet Wifi
  6. Charging henpon
  7. Kipas 12v
Sistem ini boleh menggunakan lebih daripada 2 bateri dan panel solar dengan sistem penyambungan paralel bagi meningkatkan keupayaan membekal tenaga untuk lebih banyak peralatan dalam satu masa. Secara keseluruhannya, kos yang diperlukan kurang daripada RM1000. Ini cuma sistem bekalan tenaga sokongan untuk peralatan berkuasa rendah selain peti ais, seterika, pemanas air, aircond. Walaupun begitu, semasa blackout paling asas yang perlu ada adalah TV, internet, henpon, kipas. Jika blackout  malam pula mesti ada lampu. Akhir sekali, apa yang sangat penting sepanjang blackout kita tidak lagi akan rasa gelisah dan kepanasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini