Ahad, 11 Jun 2023

Berhutang Secara Bijak


Bagaimana cara untuk...?
Berhutang tanpa perlu membebankan diri sendiri dan masa depan

Ada dua jenis hutang :

  1. Hutang baik
  2. Hutang buruk
Hutang baik apabila ia dapat menyelamatkan wang kita daripada melayang terlalu banyak dan juga tidak menyusahkan hidup dan masa depan kita. Hutang buruk pula adalah sebaliknya. Bagaimana hutang yang baik itu boleh menyelamatkan wang dan kehidupan? Berhutang itu bukanlah sesuatu yang baik untuk dilakukan, ia sepatutnya digunakan sebagai satu pilihan terakhir jika terpaksa. Juga boleh digunakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah.

Namun begitu, kita boleh menggunakan hutang itu dengan tujuan yang baik dan boleh memberi kebaikan yang banyak. Bagaimanakah caranya?

  • Di awal permulaan kehidupan selepas tamat belajar dan baru mula bekerja, tetapkan matlamat untuk mempunyai rumah sendiri. Walaupun mungkin belum lagi untuk didiami sendiri atas sebab tertentu, ia boleh disewa. Bayaran sewa mesti lebih sedikit daripada bayaran bulanan hutang rumah. Barulah bebanan hutang itu sifar.
  • Jika kereta itu sangat perlu untuk ke tempat kerja atau memang perlu untuk kemudahan pengangkutan, hutang kereta yang biasa-biasa saja. Tak penting sangat jenama Honda. Selain bayaran bulanan, ambil kira juga kos penyelenggaraan.
  • Berhutang untuk pelaburan masa depan. Keuntungan yang banyak memerlukan pelaburan modal yang besar. Walaupun kelihatan rugi di awal mulanya, tetapi selepas hutang itu langsai keuntungannya akan berterusan. Hutang seperti ini adalah seperti untuk pembelian saham ASB, beli emas fizikal.
  • Jika kadar faedah hutang itu tersangatlah rendah atau langsung tiada faedah. Jika kita boleh dipercayai, orang tak akan berat hati nak bantu pinjamkan wang. Jika kita boleh beli sesuatu yang disukai tanpa perlu tunggu lama, hutang sebegini boleh dimanfaatkan.
  • Hutang yang seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan. Sebelum berhutang tengok dulu kemampuan membayarnya. Jika mampu bayar hutang tengok pula aliran perbelanjaan kita. Apa gunanya berhutang dan bangga dengan apa yang dihutang tetapi terpaksa menahan perbelanjaan ke atas apa yang wajib dibayar dan apa yang kita suka.
Ini antara sebahagian cara berhutang dengan bijak. Ramai orang terjebak dengan hutang yang buruk, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah lebih banyak masalah. Berhutang dengan Along faedahnya besar dan tempat kita berhutang itu pula tak boleh dipercayai. Maka, jadilah hutang Along itu membebankan hidup dan masa depan kita.

Sekiranya ada cara lain lagi bagi membolehkan berhutang itu memberi kebaikan dan manfaat yang banyak, saya akan kongsikan lagi di blog ini. Teruskan membaca dan follow blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini