Ahad, 7 April 2024

Model Bisnes Menggunakan ESBI


Bisnes Sepenuh Masa dan Kerja Makan Gaji

Bagaimana seorang pekerja makan gaji boleh memulakan bisnes sepenuh masa tanpa perlu berhenti kerja? Bagaimana juga seorang pekerja makan gaji juga boleh memulakan pelaburan sepenuh masa tanpa perlu berhenti kerja? Walaupun kerja makan gaji, masih ada pilihan untuk buat bisnes dan membuat pelaburan yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Dahulu saya sendiri pun konfius dengan idea ini sehingga memperbodohkan diri dengan carboot sales dan bisnes partner pergi letak barang di kedai atau dalam bisnes orang lain. Kemudian bisnes saya pun melingkup, modal hangus, barang jualan lesap. Sedangkan pada masa yang sama saya masih sibuk sepenuh masa bekerja makan gaji.

Sekarang baru saya faham bagaimana nak mulakan bisnes tanpa perlu berhenti kerja dan boleh dibuat sepenuh masa. Walaupun yang sebaiknya adalah bila buat bisnes ianya sepenuh masa dan berhenti saja bekerja makan gaji. Supaya masa dapat digunakan sepenuhnya untuk usaha mengembangkan bisnes setiap hari.

Konsep ESBI

Ideanya adalah dengan konsep ESBI.

E - employee
S - specialist
B - business owner
I - investor

Kita akan bermula pada kedudukan E sebagai pekerja makan gaji atau kerja ambil upah. Ikut saja arahan dan perintah majikan, cukup bulan dapat gaji. Sebagai seorang pekerja makan gaji sepenuh masa, tidak ada masa untuk buat bisnes. Bila buat bisnes sampingan perlu ada pembantu untuk menguruskan sementara bisnes kita.

Apa yang perlu kita buat adalah menjadi seorang specialist atau mahir dalam bidang bisnes. Kita mesti pandai mengurus bisnes tanpa terlibat sepenuh masa dalam bisnes tersebut dan ia boleh berkembang dengan baik. Apa yang perlu diurus adalah pekerja yang boleh diharap untuk menguruskan bisnes tersebut dan kita cuma perlu ada modal yang besar untuk menjalankannya dengan lancar.

Kita adalah pemilik bisnes tersebut tetapi kita berkemahiran dalam mengurus pekerja dan bisnes yang dijalankan. Apabila kita mahir dalam selok belok bisnes itu, kita tahu bagaimana nak menguruskannya dan mengupah pekerja untuk menjalankan bisnes itu. Mahir dalam semua bidang yang berkaitan pengurusan bisnes seperti kewangan, perbelanjaan, stok, modal, pemasaran dan sebagainya.

Apabila kita berkemahiran dalam pengurusan selok belok bisnes, kita hanya perlu mengupah pekerja yang boleh menjalankan bisnes tersebut dengan lancar. Kita mesti ada modal yang banyak supaya boleh membeli stok, kedai, peralatan dan membayar upah pekerja. Kerja kita hanya sebagai pencari dan pengumpul modal. Kemudian memantau pengoperasian bisnes tersebut supaya ia boleh berjalan dengan lancar.

Menjadi Pelabur Dahulu, Kemudian Pemilik Bisnes

Apabila kita masih lagi bekerja makan gaji dan mahu memulakan bisnes sepenuh masa, kita perlu menjadi seorang pelabur dahulu. Modal pemula bagi pelaburan tersebut adalah daripada wang gaji yang diterima setiap bulan. Dengan melabur dalam emas atau saham berprestasi tinggi boleh menjana pendapatan yang lumayan. Pendapatan daripada pelaburan itu akan digunakan sebagai modal bagi mendirikan bisnes.

Apabila sudah mahir dalam selok belok pengurusan bisnes, kita hanya perlu menunggu modal yang banyak bagi melaksanakannya. Apabila bisnes telah didirikan, kita perlu sentiasa memantau dan mengambil tahu perjalanan bisnes kita itu. Jumpa semua pekerja, lantik seorang ketua atau penyelia yang boleh membantu kita memantau dan menyediakan laporan tentang perkembangan bisnes itu dari semasa ke semasa.

Apabila bisnes berjalan dengan baik dan mampu mencapai keuntungan yang banyak, ia akan menyumbang pendapatan kepada bisnes itu sendiri untuk membayar upah pekerja, membeli stok baru, peralatan baru dan modal tambahan yang banyak untuk mengembangkan lagi bisnes tersebut menjadi lebih besar. Kita tidak perlu lagi menggunakan wang gaji daripada pekerjaan kita untuk menyuntik modal bisnes tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini