Lupakan Kisah Silam
Kalau boleh saya mahu melayani sesiapa saja tanpa prejudis. Tanpa melihat masa silamnya. Sama ada mereka pernah menyakiti kita atau tidak. Mungkin kita pernah menyakiti mereka sama ada disedari atau tidak. Tetapi hari ini kita tidak lagi seperti dahulu dan cuba untuk memperbaiki diri. Maka, sebagai seorang Islam kita semua mesti memperbaiki diri dari kesilapan dan kegagalan lalu.Bagaimana sekiranya ada orang lain yang masih lagi prejudis terhadap kita, termasuklah daripada saudara mara kita? Apa itu prejudis? Memandang serong terhadap seseorang berdasarkan masa silamnya.
Kadangkala kita boleh perasan juga keadaan itu. Walaupun kita sudah cuba tegur dulu untuk memulakan cerita tapi layanan yang diterima agak dingin. Adakah kita juga perlu berbuat perkara yang sama?
Terima Penolakan Dengan Baik
Apabila kita tidak memiliki apa apa, sesiapa saja tak akan pandang termasuk saudara mara sendiri. Apabila kita merupakan siapa siapa, mereka tentu akan merapati kita tanpa perlu ditegur dan memulakan cerita dahulu. Sifat ini ada pada semua orang termasuk saya sendiri. Kita kena jujur dan berterus terang.
Tetapi kita mesti cuba untuk menjauhi sifat ini. Sifat hanya menegur dan merapati seseorang apabila dia memiliki sesuatu dan merupakan seorang yang berkedudukan dan punya nama yang baik. Kita semua adalah pendosa dan tak mungkin dapat elak sifat sebegini. Kita tidak mungkin boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Yang lalu biarkan berlalu pergi, usah dikenang dan usah disimpan di dalam hati.
Buka Lembaran Kisah Baru
Apa yang perlu kita lakukan adalah beri ruang dan masa yang panjang untuk berubah dan mengubah diri sendiri. Jika kita tak memiliki apa-apa, usahakan untuk memiliki apa yang orang suka. Jika kita bukan siapa siapa kita usahakan untuk menjadi seseorang yang punya nama yang baik dalam masyarakat.
Usaha ini adalah satu pelaburan untuk melakukan kebaikan. Supaya orang lain tidak lagi prejudis dan memandang buruk terhadap kita. Supaya dengan apa yang kita miliki dan kedudukan yang kita ada orang lain yang dahulunya menjauhi kita mula merapati kita.
Apabila bercakap soal pelaburan, sudah pasti ia juga melibatkan kewangan. Pelaburan adalah pengangkutan, apa yang kita labur adalah kenderaan untuk kita menuju sesuatu. Tujuan kita adalah untuk kembali menjalinkan silaturrahim.
Maka, dengan pelaburan yang mampu menjana pendapatan lebih daripada apa yang kita terima secara tetap setiap bulan akan menjadikan kita mampu memiliki sesuatu. Apabila kita mampu memberi sumbangan kewangan dan bantuan kebajikan dalam masyarakat kita akan menjadi siapa siapa di mata orang yang masih lagi memandang prejudis terhadap kita.
Kita berusaha untuk mengubah pandangan serong mereka. Sebelum mengubah mereka, kita sendiri yang perlu berubah dahulu. Jika kita dan orang lain tidak juga mahu berubah walaupun sudah diberi kesedaran dan nasihat yang baik, maka itulah seburuk buruk manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu berubah ke arah kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini